Wednesday, September 30, 2009

Di manakah keadilan?

Saya semakin geram dengan sistem sesebuah organisasi yang sangat sangat tidak adil. Apabila dibincangkan kenaikan pangkat, dikatakan peluang lebih banyak diberi kepada kumpulan pekerja senior. Apabila dikatakan peluang penyelidikan dan pembentangan, peluang lebih banyak diberikan kepada kumpulan junior dalam kumpulan R&D. Manakah keadilan? Saya seolah-olah dikategorikan sebagai kumpulan pertengahan. Pergi atas bukan. Pergi bawah pun bukan. Ada keinginan maju diri tetapi sekatan pelbagai. Rintangan tak berhenti. Walaupun kesabaran ada, tetapi bukan selama-lamanya. Perlu tahu ada limitasinya.