Saturday, November 7, 2009

1415-1615

Ujian 2 telah bermula pada jam 2.15 petang Jumaat. Sepanjang pengawasan pelajar saya dalam kelas yang ditentukan, saya banyak merenung dan memikirkan masa depan pelajar-pelajar ini. Pelajar yang lemah dan kurang pandai tetapi menghormati pendidiknya sememangnya mempunyai masa depan dan peluang yang baik berbanding dengan kumpulan yang degil. Saya berkali-kali bertanya kepada diri anak-anak sekarang sudah tidak risau akan masa depan mereka. Saya ingat lagi sejak kecil saya telah banyak merancang untuk diri sendiri. Ibu bapa saya bukan kumpulan berpendidikan tinggi dan keluarga saya juga bukan keluarga berada. Saya tahu apa yang saya inginkan. Oleh itu, saya tahu bahawa saya perlu berusaha untuk menjamin masa depan saya lebih-lebih lagi di Malaysia. Saya melihat muka-muka setiap pelajar sepanjang pengawasan pada petang ini. Dua kumpulan pelajar yang berlainan. Satu kumpulan yang menghormati pensyarahnya manakala satu kumpulan yang terus membawa saya kepada perasaan sedih, sedih dan masih sedih.

Kepada pelajar saya, berilah peluang kepada diri untuk berusaha. Untuk berusaha bukanlah sekadar bersembahyang. Untuk menunjukkan diri boleh, bukanlah gunakan "BUKU" anda. Tetapi gunakanlah "BUKU" yang boleh menyumbang ilmu kepada anda dan mengaplikasinya dalam hidup anda. "No free lunch!"... itulah yang dikatakan oleh rakan-rakan saya di UiTM. Jika anda inginkan hidup senang kemudian, buktikan diri anda boleh! Biarlah ilmu menjamin sesuatu untuk diri kita. Hanya dengan menunjukkan keganasan dan tingkah laku sombong, jeling mata, merokok, menumbuk pensyarah... apa bezanya anda dengan perompak, pembunuh, pencuri? Adakah anda gembira apabila orang lain memanggil diri anda hopeless and useless?           

Saya risau akan masa depan pelajar saya khususnya di politeknik. Setelah 15 tahun lebih saya mengajar dari sekolah rendah ke politeknik, saya cukup risau akan masa depan anda semua di politeknik. Berilah diri anda keyakinan, kegembiraan dan kesungguhan untuk membina kerjaya masa depan. Dalam tempoh dua jam, pelbagai perasaan bercampur aduk dan cukuplah... itupun jika anda peduli!