Wednesday, March 24, 2010

Hidup yang mencabar

Sejak minggu lepas, saya berada dalam keadaan dilema dan begitu resah serta tension. Fikiran saya begitu bercelaru, tidak tersusun dan banyak mengganggu urusan kerja seharian saya. Kerja di persekitaran saya begitu mencabar dan sentiasa menguji minda dan kesabaran saya. Perjalanan kerjaya saya tidak pernah senang dan berhenti tetapi saya menghargainya kerana itu tanggungjawab dan amanah saya. Itulah expectation yang telah saya tetapkan untuk diri sendiri. 

Saya perlu lakukan sesuatu untuk menentukan priority saya. Tugas seperti penulisan proposal PhD, kertas kerja projek/aktiviti pelajar Kelab Kaunseling seperti ceramah motivasi dan lawatan sambil belajar, melaksanakan program akademik pelajar di JMSK, menyediakan kertas pembentangan dan persembahan di persidangan antarabangsa, penceramah jemputan bagi program motivasi pelajar JKPK, menghadiri kursus-kursus wajib dan sebagainya.  Oh! My God! Where am I now? Where is my future? Begitu banyak persoalan wujud dalam otak saya. 

Terima kasih kepada Ketua Jabatan saya atas nasihat dan dorongan yang diberikan. Tidak lupa juga En Khairuddin, pensyarah UPSI saya kerana sudi mendengar luahan saya. Saya berkali-kali mengingatkan diri saya bahawa saya tidak boleh tension kerana ini akan memudaratkan tekanan darah saya dan masalah jantung saya. I pray to God to give me full energy to continue my work and to make my career a success.