Wednesday, July 22, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Sepanjang masa ini, saya bertungkus lumus untuk mencapai sasaran saya sejak saya menerima tawaran kerja di Politeknik Kuching Sarawak. Akhirnya saya berjaya ditawarkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 dan menghadiri Majlis Anugerah APC Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka pada 2 Jun 2009. Anugerah ini begitu bermakna bagi saya kerana ia menjadi milik saya hasil titik peluh saya di Politeknik Kuching Sarawak selama ini. Mungkin anugerah ini boleh "dinanti-gilirkan" bagi setiap orang, tetapi saya menganggap anugerah ini sebagai target saya dalam 3 tahun ini.

Hidup mesti bertarget. Jika tidak, hidup kita bagai pokok tidak berbunga. Saya berasa bangga atas penerimaan anugerah ini dan saya percaya bahawa saya layak untuk menerima anugerah ini juga. Pada masa akan datang, saya akan lebih berusaha lagi untuk merealisasikan sasaran lain yang telah saya tetapkan sejak hari pertama saya melangkah masuk ke politeknik ini. Anugerah ini hanya satu permulaan dan bukan terakhir dalam kerjaya saya. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan politeknik yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya untuk memastikan segala kerja saya berjalan dengan lancar.