Thursday, July 23, 2009

Seminar Pendidikan Politeknik Kuching Sarawak

Sesi pembentangan saya telah ditetapkan pada sesi kedua selepas Jeffery. Saya telah bersedia sepenuhnya. Sebaik sahaja tamat pembentangan saya, mula terima soalan daripada pegawai-pegawai tentang tajuk kajian saya. Terima kasih diucapkan atas soalan mereka kerana ini bermakna hadirin mendengar apa yang saya sampaikan. Walau bagaimanapun, agak kecewa dengan sesetengah soalan yang dikemukakan kepada para pembentang termasuk saya. Audien seolah-olah mencari kesilapan pembentang dan mengkritik hasil kajian pembentang. Bagi saya, kajian yang dibentang oleh seseorang adalah hasil usaha yang dicurahkan dan memerlukan suatu tempoh yang panjang untuk direalisasikannya. Audien seharusnya mengemukakan pandangan, cadangan dan idea mereka yang lebih membina agar dapat diteruskan dalam kajian akan datang. Saya sudah biasa berhadapan dengan segala kritikan dan "nasihat" daripada kawan-kawan politeknik tetapi saya cukup sedih dan kasihan dengan kawan-kawan pembentang yang baru. Kita perlu memahami apa maksud seminar pembentangan. Ia bertujuan untuk membolehkan hasil dapatan kajian dikongsi bersama. Bukan untuk mencari kesilapan orang.

Saya menyimpan rasa terima kasih kepada beberapa orang kawan yang telah memuji kajian saya dan sememangnya ini akan mendorong saya untuk meneruskan penyelidikan pada masa akan datang. Thanks to the God on the blessing to me throughout the whole morning. Kepada kawan-kawan pembentang baru dan yang akan datang, sila teruskan usaha dan jangan terhenti kerana apa-apa sebab. Kita buat yang terbaik untuk diri kita!