Saturday, October 24, 2009

Tuduhan ... Dituduh ...

Dua hari ini... hanya berfikir tentang tuduhan... segala-galanya yang dituduh oleh perempuan itu... menuduh saya menggunakan duit jabatan mereka dan menyebabkan mereka gagal melaksanakan lima program.... saya begitu marah atas tuduhan itu tetapi saya meminta maaf kalau saya marah... sekarang lepas 48 jam, saya telah memikirkan semula perkara itu.  

Perempuan itu sepatutnya bertanya terdahulu jumlah duit yang digunakan untuk program pelajar iaitu RM226 sahaja. Tuduhan pensyarah perempuan tersebut begitu tidak berasas. Jika hanya dengan RM226, saya boleh menggagalkan kelima-lima program di bawah jabatannya... amboi... siapalah saya???

Tambahan pula, kelulusan itu melalui Pengarah, Ketua Jabatan A dan Ketua Jabatan B dan juga pihak kewangan, justeru kenapa saya perlu hiraukan tuduhannya? Tuduhan yang paling bodoh dan memalukan diri. Saya merujuk kepada ustaz dan rakan-rakan lain berkenaan dengan tuduhan ini. Saya bersyukur semua bersetuju dengan pandangan saya. Saya bukan mencuri tetapi menggunakan duit yang telah diluluskan dan dihalalkan sepenuhnya.

Sekiranya kita hendak melaksanakan sesuatu aktiviti untuk pelajar... biarlah kita lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat dan kesan positif kepada pelajar. Jika hanya fikirkan menggunakan duit untuk mendapatkan makanan dan kegunaan sendiri, di manakah kesannya kepada pelajar kita? Satu program yang melibatkan 200 orang dan ke atas, saya tidak dapat merasakan kesannya? Cara saya senang. Jika ada duit, buat cara ada duit..jika tiada duit, maka kita buat cara yang tidak ada duit. Apa masalahnya???

Anyway, saya masih memohon maaf kepada pensyarah perempuan itu jika tindakan saya tidak menyenangkan hatinya. Tetapi sebagai seorang pensyarah, dia sepatutnya dengarlah kata-kata atau penerangan terdahulu dan berfikirlah rasionalnya. Bukan dengan cara naikkan suara dalam bilik mesyuarat dan belajarlah menghormati orang yang lebih tua. Bukankah itu yang digalakkan dalam ajaran Islam?